(Video) Detik-Detik Menakjubkan Anak 2 Tahun Mengangkat Rak Untuk Selamatkan Kembarnya Terakam Cctv
Seorang kanak-kanak
berusia dua tahun menjadi hero kepada kembarnya apabila berjaya menolak rak
yang terjatuh memerangkap kembarnya itu dalam satu kejadian yang terakam
menerusi kamera CCTV.
Brock
Shoff dan Bowdy sedang bermain-main dengan rak tersebut sebelum peristiwa
malang itu menimpa mereka.
Video itu dimuat naik di
Facebook pada Ahad oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut sebagai ingatan kepada
ibu bapa lain agar sentiasa berhati-hati apabila ada perabut-perabut berat di
rumah.
Menerusi rakaman video
tersebut, dapat dilihat Brock berada dalam kesakitan apabila bahagian
pinggangnya dihempap oleh perabut terbabit.
Bowdy, yang hanya tersepit
kaki, berjaya keluar dan dengan pantas mencari jalan untuk menyelamatkan
kembarnya.
Pada mulanya, dia cuba mengalih
rak itu dengan cara mengangkat, tetapi gagal. Namun, cubaan menyelamat berhasil
apabila dia menolak rak terbabit menggunakan tangan.
dia
melihat dua beradik itu bermain seperti biasa selepas dia balik ke bilik itu.
Bagaimanapun, rakaman CCTV merakamkan bagaimana Brock menangis menahan
kesakitan.
Bapa, Ricky, memuat naik video
berkenaan ke Facebook dengan berkata:
“Saya pada mulanya teragak-agak
untuk memuat naik video ini. Tapi saya rasakan ianya bukan sekadar memberi
kesedaran, malah menakjubkan.
“Kami sangat bersyukur dengan
ikatan yang dikongsi oleh kembar ini. Kami tahu Bowdy bukan keseorangan ketika
menggerakkan rak itu dari Brock. Sangat bersyukur dia (Brock) ok.
“Sila pastikan semua rak anda
diskru dan dikemaskan ke dinding.”, tulis Ricky.
Comments
Post a Comment